<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener("load", function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <iframe src="http://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID=7934938897894587770&amp;blogName=Her+Eyes,+Her+Friends,+Her+Lifes+%E2%99%A5&amp;publishMode=PUBLISH_MODE_BLOGSPOT&amp;navbarType=BLACK&amp;layoutType=CLASSIC&amp;searchRoot=http://dynadeenadina.blogspot.com/search&amp;blogLocale=en&amp;homepageUrl=http://dynadeenadina.blogspot.com/&amp;vt=-286579305430737436" marginwidth="0" marginheight="0" scrolling="no" frameborder="0" height="30px" width="100%" id="navbar-iframe" allowtransparency="true" title="Blogger Navigation and Search"></iframe> <div></div>
her eyes her friends her life
dynadeenadina.blogspot.com .





Andai Lelaki Tahu ?
Monday, November 14, 2011



Andainya lelaki tahu,
Sekiranya perempuan itu marah, memang dia tak mampu mengawal emosi nya tapi percayalah, itu makna nya dia mengambil berat & menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang berkelahi. Bila semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin banyak pertelingkahan berlaku.

Andai lelaki tahu,
Apabila perempuan bercakap banyak, dia tak bermaksud membuat kamu rimas tapi dia mahu lelaki itu mengenalinya lebih dekat

Andai lelaki tahu,
Apabila perempuan berkata dia mahu kamu berubah, bukan bermakna dia tidak menerima kehadiran kamu seadanya tapi dia mahu menjadikan kamu lebih baik. Bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan kamu sendiri.

Andai lelaki tahu,
Apabila perempian cemburu & tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tak sayang tapi dia terlalu sayangkan kamu & masih memnganggap kamu masih lagi anak kecil yang memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.

Andai lelaki tahu,
Bila perempuan merajuk, bukan dia mengada-ngada. Dia bukan nya mahu dipujuk dengan wang / hadiah yang mahal tetapi cukuplah dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu,
Jika seseorang perempuan itu menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi mahu melihat sejauh mana lelaki itu bersabar dengan karenah nya. Mungkin juga untuk pandangan nya terhadap kamu pada masa akan datang. Hati perempuan lembut, jangan terkejut jika dia bertukar fikiran dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu,
Apabila perempuan berkata ' tolong tinggalkan saya! ' dia tak bermaksud menyuruh kamu pergi selamanya. Cuma mahu sedikit ruang untuk dia menenangkan fikiran & menstabilkan emosi. Ya, perempuan memang emosional / sensitif, kerana itu lah Allah ciptakan lelaki & perempuan dengan perbezaan tersendiri. Sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi & menyempurnakan.

Andai lelaki tahu,
Di sebalik air matanya, tersimpan seribu 1 kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu selamat bersamanya. Biarpun pada zahir, perempuan tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang mungkin boleh mebuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi, hargai lah perempuan yang hadir dalam hidup kamu kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan semata, tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong & membuatkan hidup kamu lebih sempurna.
Dia lah yang bakal menjadi perempuan yang bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik kepada anak-anak kamu.



Yours Truly ,
Nurdina Izaty .


Biography ,



Dina.
Is my name .
19 going to 20 , i know i'm still young .
cats lover ,
Mess with me , I make sure I mess with you thousands times harder .
Sweetly belongs to him .
Still studying UiTM Arau ,Diploma In Investment Analysis !


Leave your ♥ notes,







Past Tense ,

Replay ,




Drum rolls ,

*Do Not Remove Credits PLEASE !*

Codes inspired by :
T`s/Love
And basecodes are from : -/LY'zB-rokennlove♥

100% original , All rights reserved ©2011 .